Penyelidikan Fokus Utama UNISEL Pada Tahun 2018

Penyelidikan Fokus Utama UNISEL Pada Tahun 2018

Universiti Selangor (UNISEL) pada tahun 2018 akan terus memimpin kecemerlangan ilmu dengan memperbanyakkan lagi penyelidikan serta kajian yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat. Dengan peruntukkan geran penyelidikan sebanyak RM2 juta yang telah diumumkan oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini telah memberi ruang kepada pensyarah dan penyelidik di UNISEL untuk membuat penyelidikan terutama sekali bidang-bidang yang berkaitan dengan strategik utama Negeri Selangor.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman yang ditemui semasa Seminar Halatuju Penyelidikan Bidang-Bidang Strategik Utama Negeri Selangor berkata, UNISEL sudah bersedia untuk memainkan peranan sebagai sebuah institusi pendidikan yang mampu menghasilkan kajian-kajian yang berimpak tinggi. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) mencadangkan agar UNISEL dan IDE bekerjasama untuk menghasilkan pelbagai kajian bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi selain menjadikan Selangor sebagai sebuah ‘smart state’.

“Selaras dengan hasrat Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjadikan negeri ini sebagai sebuah ‘smart state’ yang berketrampilan, UNISEL akan memberi penekanan kepada penyelidikan dalam bidang-bidang strategik utama seperti pengurusan dan teknologi. Kita mempunyai ramai pakar dan pensyarah berpangkat professor dan professor madya yang mampu memberikan penyelesaian dalam pelbagai bidang”, ujar Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Seminar Halatuju Penyelidikan Bidang-Bidang Strategik Utama Negeri Selangor itu dihadiri Dr. Fahmi Ngah, Tim. Pengarah Program Smart Selangor Delivery Unit, Tuan Jamie Haniff Ramlee, Pengarah Cluster Development Division Invest Selangor Berhad serta Tuan Mohd Yazid Sairi, Tim. Pengarah Seksyen Makro dan Penswastaan UPEN selaku panel. Hadir sama sebagai panel jemputan bagi sesi ‘Knowledge Sharing’ adalah Dato’ Mansor Othman, Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, YM Raja Dato’ Aznil Raja Hisham, Ketua Pegawai Operasi Halal International Selangor dan Tuan Mazlan Mahadi dari Smart Selangor Delivery Unit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *