Pendidikan Kanak-Kanak Bermula Dari Rumah

Pendidikan Kanak-Kanak Bermula Dari Rumah

Sejajar dengan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018, forum bertemakan “Kesejahteraan Kanak-Kanak Dalam Agenda Pembangunan Mampan” diadakan bagi mengupas isu-isu berkaitan cabaran dalam membentuk kanak-kanak masa kini bertempat di Dewan Auditorium Za’ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya.

Forum tersebut menekankan isu-isu berhubung pengabaian kanak-kanak, pemahaman kanak-kanak dari sudut psikologi, peranan ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak dari sudut Islam serta soal perlindungan kanak-kanak masa kini daripada terus tenggelam dihanyut bencana siber.

Norazizah A. Aziz, Pensyarah Kanan Kolej Dar Al-Hikmah berkata, kesedaran kanak-kanak bermula seusia dua tahun menerusi penglihatan mereka pada tingkah laku sekeliling sebagai panduan sama ada baik atau buruk. Menurut Norazah, akhlak kanak-kanak dikawal oleh orang dewasa dan mereka mempunyai sikap egosentrik dimana mereka percaya bahawa apa yang dirasai oleh mereka adalah sama seperti orang lain. Justeru itu, sikap kedua ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak kanak-kanak.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mat Saat Mohammad Baki, Pakar Psikologi dan Kaunseling Klinikal, pembanggunan teknologi pada hari ini sedikit sebanyak memberi impak buruk terhadap pembentukan minda kanak-kanak. Teknologi pada kini kebanyakannya dijadikan sebagai alat perlekaan atau ‘A shut up tool’ oleh ibu bapa dan menurut beliau lagi, penggunaan teknologi bagus untuk komunikasi dalam keluarga namun hakikaynya mereka tidak berkomunikasi.

Selain Norazizah dan Prof. Dato’ Dr. Mat Saat, Mohamad Hanafi Maulud, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Hasri Harun, Pengarah Institut Maqasid Syariah, Pusat Kecemerlangan UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *