Pembangunan Akuakultur Sejajar Dengan Industri Revolusi 4.0

Pembangunan Akuakultur Sejajar Dengan Industri Revolusi 4.0

Penganjuran Selangor Innovation and Creativity Exposition 2018 (SLICE18) yang bermula hari ini bertambah rancak dengan beberapa aktiviti yang dijalankan dan antara yang menarik perhatian adalah program Syarahan Profesor Kali Ke-5.

Syarahan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Sharr Azni Harmin dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat bertajuk “Into The Blue: The Promise of Aquaculture” membincangkan perihal spesis akuatik dan teknologi dalam industri perikanan di Malaysia. Ini sejajar dengan objektif SLICE18 untuk mempamerkan inovasi-inovasi selaras dengan pembangunan industri 4.0.

Menurut beliau, produktiviti bagi spesis akuatik terutama sekali bagi spesis yang berharga boleh meningkat dengan pesat dibawah pengurusan yang betul. Begitu juga dengan pemilihan genetik dari kepelbagaian ciri dapat meningkatkn produktivi seterusnya meningkatkan pasaran perikanan di Malaysia.

“Prinsip dan tujuan sains akuakultur adalah bagi mengembangkan sistem marin dimana organisma akuatik dapat membesar dan dituai dalam kadar lestari tanpa merosakkan alam sekitar” katanya.

Tambah beliau lagi, industri akuakultur di Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membekalkan makanan berasaskan ikan kerana menurut kajian, sektor ini mengeluarkan sebanyak 1.99 juta tan yang bernilai RM13.18 juta selain sumbangan daripada sumber akuakultur sebanyak 506,454 tan yang bernilai sebanyak RM3.3 juta.

“Oleh kerana penurunan dalam hasil tangkapan, akuakultur kini merupakan salah satu sumber utama protein bagi 30.75 juta penduduk di negara ini. Walaubagaimanapun, Clarias, Pangasius dan tilapia antara spesis yang masih mendapat permintaan tinggi,” ujarnya.

SLICE18 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November 2018 bertempat di Universiti Selangor kampus Shah Alam ini merupakan program yang merangsang pelajar dan penyelidik tempatan untuk bersama-sama memperlihatkan inovasi-inovasi yang selaras dengan pembangunan industri 4.0 di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *