Pelajar UNISEL Terima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier PFAM-asiana.my Edisi Julai 2018

Pelajar UNISEL Terima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier PFAM-asiana.my Edisi Julai 2018

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Shahrom Abdul Kalam, pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UNISEL dan juga merupakan pemain bola sepak pasukan FELCRA FC apabila menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi Julai 2018.

Shahrom yang juga exco PFAM ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka akan terpilih sebagai Pemain Terbaik Liga Premier bagi edisi Julai 2018. Di kesempatan itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya rakan sepasukan, ahli keluarga serta para penyokong sekalian.

Beliau yang kini sedang menuntut pengajian di UNISEL dalam Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia dan dibawah program UNISEL Athlete Academic Track mendapat undian paling tinggi iaitu sebanyak 40.28% sekaligus menewaskan calon lain. Diharapkan kejayaan beliau dapat menjadi inspirasi bagi pelajar lain di masa hadapan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *