Pelajar Teruja Terima Bantuan

Pelajar Teruja Terima Bantuan

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Tabung Amanah Pendidikan UNISEL hari ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Pendidikan bertempat di Dewan Senat UNISEL kampus Bestari Jaya. Seramai 175 orang pelajar UNISEL menerima sumbangan wang tunai yang telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) merupakan sebuah unit yang memainkan peranan dalam menyediakan sumbangan dan bantuan khususnya buat pelajar dan kakitangan UNISEL. Menurut Pn. Hj. Rokmaa Hj. Mat, Pengarah TAU, bantuan sumbangan yang diberikan pada hari ini merupakan satu permulaaan yang diharap dapat diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga telah merangka beberapa perancangan antaranya untuk mencari ibu dan bapa angkat kepada pelajar dalam kalangan pengurusan tertinggi UNISEL untuk sama-sama menaja wang saku bagi meringankan beban pelajar.

Salah seorang penerimanya, Mohammad Tirmizi Abd Manaf berkata beliau amat berterima kasih kepada pihak pengurusan universiti kerana telah memberikan satu insentif untuk membantu para pelajar tidak kira agama dan juga bangsa.

“Saya melahirkan rasa kegembiraan ini kerana kami para pelajar tidak menduga akan menerima bantuan seperti ini dan ia merupakan satu usaha yang baik oleh pihak universiti. Mewakili semua penerima, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan atas insentif ini”, ujar beliau yang juga merupakan mantan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *