Pelaburan Haruslah Mengikut Hukum Islam

Pelaburan Haruslah Mengikut Hukum Islam

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) dengan kerjasama Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) baru-baru ini telah menganjurkan program syarahan bertajuk “Aplikasi Matawang Kipro, Bitcoin: Isu dan Cabaran Menurut Perspektif Syariah”.

Program dimulai dengan ucapan pembukaan daripada Ustaz Hasri Harun, Pengarah Pusat Kecemerlangan INSMAQ UNISEL. Program diteruskan dengan ceramah berkenaan aplikasi matawang Kipro, Bitcoin yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA).

Dalam ceramahnya, Prof.Madya Dr. Mohamad Akram Laldin menjelaskan bahawa kripto dan bitcoin dilihat sebagai satu inovasi terkini yang memudahkan transaksi dalam sistem kewangan. Walaubagaimanapun, beliau menekankan bahawa setiap urus niaga haruslah seiring dengan prinsip syariah tanpa ada unsur riba, pertaruhan, ketidakpastian, kemudaratan, penipuan dan sebagainya.

Memetik kenyataan di akhir program, beliau juga berpesan terutama sekali kepada golongan muda agar menguruskan kewangan dengan cara yang berhemah. Ini berikutan beberapa laporan terkini menyatakan bahawa golongan muda pada masa kini kebanyakannya menanggung hutang dan berstatus muflis gara-gara tidak menguruskan kewangan dengan cara yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *