Pasukan UNISEL Layak Ke Peringkat Kebangsaan

Pasukan UNISEL Layak Ke Peringkat Kebangsaan

Seluruh warga Universiti Selangor (UNISEL) mengucapkan setinggi tahniah kepada dua kumpulan pelajar dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) dan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) di atas kejayaan dalam pertandingan UNIMAKER yang berlangsung pada 7 Oktober 2018 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

UNIMAKER adalah pertandingan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi fokus dalam penghasilan teknologi masa depan. Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang mewakili UNISEL berjaya meraih tempat keempat dan kelima.

Pasukan yang diketuai oleh Mohamad Hafiz Che Hamid menadapat tempat keempat berjaya mencipta aplikasi Jom Q manakala kumpulan kedua yang diketuai oleh Thennaran Seenivasegan pula berjaya mencipta Mini Hidropower sekaligus membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM4000 dan RM3000.

Menerusi kemenangan di pertandingan tersebut, kedua-dua pasukan UNISEL tersebut layak ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 dan 24 November 2018 di Universiti Malaya (UM). Semoga kejayaan yang dicapai menjadi inspirasi buat semua warga UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *