Naib Canselor UNISEL Terima Watikah

Naib Canselor UNISEL Terima Watikah

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman hari ini telah menerima watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) sempena Seminar Kebangsaan Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kali Ke-6 yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Beliau telah menerima watikah pelantikan tersebut daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, YAS Mej. Jen. (B) Dato’ KPj (PA) Azmy Yahya pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Lantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM 2017.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin turut dianugerahkan pangkat sebagai Kolonel Bersekutu (PA). Seramai 62 orang pegawai APM telah dianugerahkan pangkat sebagai Pegawai Bersekutu termasuk dua orang Pegawai Kehormat.

Dalam pada itu, UNISEL bertekad untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai tambah menerusi Pasukan Siswa APM UNISEL. Pasukan yang ditubuhkan pada tahun 2006 ini bukan sahaja mampu meningkatkan daya kebolehpasaran pelajar malah juga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah diri.