Naib Canselor UNISEL Serah Bantuan Persekolahan Sesi 2018

Naib Canselor UNISEL Serah Bantuan Persekolahan Sesi 2018

Seramai 83 orang staf Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menerima sumbangan bantuan sempena Sesi Persekolahan 2018 yang bakal dibuka kelak. Jumlah tersebut merangkumi 54 orang staf di Kampus Bestari Jaya dan 29 orang staf di Kampus Shah Alam.

Sumbangan bantuan persekolahan tersebut telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL di kedua-dua buah kampus. Majlis penyerahan bagi Kampus Bestari Jaya telah diadakan di Ruang Legar Bangunan Canseleri manakala di Kampus Shah Alam pula berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Satelit.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan berkata, sumbangan bantuan persekolahan ini diberikan kepada staf-staf yang layak dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan beban staf dalam menyediakan keperluan sekolah kepada anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2018.

“Bagi saya, kebajikan staf harus diutamakan dan ini merupakan tahun kedua UNISEL mengadakan program penyerahan bantuan persekolahan kepada staf yang layak. Saya berharap agar dengan adanya pemberian sumbangan ini dapat menyuntik semangat anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan kelak. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga kebajikan staf dan menyediakan hanya yang terbaik untuk seluruh warga universiti.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *