MOU UNISEL-KNCC Tingkatkan Kualiti Pendidikan

MOU UNISEL-KNCC Tingkatkan Kualiti Pendidikan

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman dengan Kolej Negeri Chedang Campus (KNCC) Negeri Sembilan bertempat di Bilik Mesyuarat Senat UNISEL Kampus Shah Alam.

Acara menandatangani pembaharuan perjanjian itu telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor yang menandatangani bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Tn. Haji Shamsul Azhar Mohd Yusof, Pendaftar manakala bagi pihak KNCC pulak ditandatangani oleh Dato’ Dr Muhamad Nasir Hamzah, Pengerusi KNCC disaksikan oleh Pn. Saryah Othman, Ketua Eksekutif KNCC

Menurut Pengerusi KNCC, UNISEL dipilih kerana mempunyai potensi dalam industri dan pihak beliau menyasarkan kerjasama yang melibatkan seramai 500 orang pelajar di bawah program ijazah kemahiran UNISEL. Kedua-dua pihak turut berharap agar jaringan perhubungan ini dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *