Mohd Amirul Raih 2 Emas Di Varsity Boat Race

Mohd Amirul Raih 2 Emas Di Varsity Boat Race

Sekalung tahniah kepada Mohamad Amirul Norhadi di atas kejayaan menjuarai pertandingan Varsity Boat Race bagi kategori 2000 meter perseorangan lelaki dan kategori berkumpulan lelaki yang bertempat di Bukit Merah Laketown Resort baru-baru ini.

Mohamad Amirul yang mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut mendahului carta dengan catatan masa terpantas iaitu 7 minit 48 saat bagi kategori individu (Men Single Scull) manakala bagi kategori berkumpulan (Men Eights) beliau dan pasukannya berjaya mencatat masa 6 minit 58 saat sekaligus meraih dua pingat emas bagi kedua-dua acara tersebut.

Amirul Norhadi merupakan atlet mendayung negara yang sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Selangor (UNISEL) dibawah program “UNISEL Athlete Academic Track”, salah satu program yang diadakan khusus bagi atlet-atlet untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dengan masa yang fleksibel. Semoga dengan kejayaan Amirul ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar UNISEL yang untuk meraih lebih banyak kejayaan di masa hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *