Menteri Besar Tinjau Perkembangan Transformasi UNISEL

Menteri Besar Tinjau Perkembangan Transformasi UNISEL

Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Shari hari ini meluangkan masa melawat beberapa lokasi yang ditambah baik sekitar Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya. Lawatan tersebut merupakan lawatan kali pertama beliau ke UNISEL setelah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada pertengahan tahun ini.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau sempat meninjau beberapa lokasi yang masih di dalam proses pengubahsuaian antaranya Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Pusat Sukan, Smart Tahfiz Masjid UNISEL, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Perpustakaan.

Beliau yang hadir ke UNISEL bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pro-Canselor, Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki itu turut menyambut baik saranan yang telah diberikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL agar proses transformasi ini diteruskan dalam kesemua aspek bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk ke UNISEL.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *