Mengapa Atlet Pilih UNISEL?

Mengapa Atlet Pilih UNISEL?

Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah dan Pascasiswazah baru-baru ini menjadi satu titik tolak baharu buat para atlet yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Ini kerana Universiti Selangor (UNISEL) telah memperkenalkan “UNISEL Athlete Academic Track” pada pengambilan kali ini yang mana membuka ruang seluas-luasnya kepada para atlet untuk melanjutkan pengajian dengan fleksibiliti dari segi tempoh pengajian, kaedah pembelajaran dan penilaian kursus.

Menurut Puan Nurul Hanim Mohd Amin, Pengarah Pusat Sukan, “UNISEL Athlete Academic Track” ini bersifat “custom made” di mana ianya bersesuaian dengan kesibukan jadual latihan dan kejohanan atlet. Tambahan lagi, program ini dibangunkan atas kesedaran dan keprihatinan UNISEL terhadap masa depan kerjaya atlet-atlet di Malaysia.

Dalam pada itu, dua atlet taekwando Malaysia hadir mendaftarkan diri bagi kursus Diploma Pengurusan Sukan. Jagdeep Singh dan Siti Nurul Ainil, 18, masing-masing memilih UNISEL kerana jarak kampus dan kediaman mereka yang dekat. Ini memudahkan mereka untuk meneruskan latihan disamping dapat mengikuti kelas yang bakal bermula kelak.

“Kami bercita-cita untuk menjadi jurulatih taekwando. Jadi harapan kami, dengan melanjutkan pelajaran di UNISELdapat menjadikan kami seorang atlet dan jurulatih yang mempunyai kelas yang tersendiri,” ujar mereka ketika ditemui di Bestari Jaya.

Selain atlet taekwando, Siti Syafiqah Azmirin, atlet Sukan Malaysia (SUKMA) bagi negeri Melaka 2018 turut hadir mendaftarkan diri pada hari ini. Beliau yang juga merupakan pengadil bola sepak negeri Melaka menyimpan hasrat untuk menjadi jurulatih bola sepak suatu hari dan meletakkan harapan yang tinggi agar kursus ini dapat menjadikan beliau seorang jurulatih yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas.

Hadir sama adalah Noor Azmierul Hakimi Mohd Noor, pemain bola sepak yang mewakili kelab Selangor United. Beliau yang merupakan bekas peserta Mencari Ramli memilih UNISEL kerana institusi ini memberi waktu yang fleksibel kepada atlet. Ini dapat membantu beliau menyeimbangkan waktu belajar dan juga latihan di luar kelas. Dengan melanjutkan pengajian di peringkat tinggi ini dapat membentuk dirinya sebagai seorang atlet yang berpendidikan tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *