Memartabatkan Karya Pelajar Di Festival CINEMINI 2018

Memartabatkan Karya Pelajar Di Festival CINEMINI 2018

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) telah menganjurkan Festival Cinemini 2018 pada 15 Mei bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Bertemakan UBAH pada penganjuran kali ini, karya yang dihasilkan mengetengahkan isu transformasi diri, perasaan atau sesuatu kearah nilai positif atau negatif mengikut kata hati dengan berteraskan pemikiran yang intelektual.

Festival CINEMINI dijadikan acara tahunan kerana bertepatan dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan bekerjaya.

Festival ini juga memberi peluang kepada pelajar mengetengahkan idea, pandangan dan pemikiran secara matang dan profesional. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian anugerah CINEMINI kepada para pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan seperti kategori animasi 2D dan 3D dan kategori filem pendek.

Turut hadir memeriahkan majlis, Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri) serta beberapa selebriti tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *