Media Sosial Sebagai Platform Jana Pendapatan

Media Sosial Sebagai Platform Jana Pendapatan

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) dengan kerjasama siaran TV digital Hurr.tv dan radio iM4U FM hari ini telah mengadakan program ‘F.Y.I Social Media Campaign’ yang bertempat di Dewan Kuliah 2, Aras 4, Bangunan Satelit UNISEL Kampus Shah Alam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL. Pentas program dibuka dengan persembahan tarian daripada Nasty Rock Crew yang merupakan Naib Juara Bakat Ohsem Malaysia 2017.

Sesi forum kemudiannya menampilkan Yusof Hashim atau lebih dikenali sebagai Ucop dan Zukiee, personaliti media sosial sebagai panel jemputan. Ucop dan Zukie masing-masing berkongsi pengalaman mereka di awal pembabitan sebagai orang berpengaruh di media sosial sehingga mampu menjana pendapatan melalui platform tersebut.

Program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kuasa media sosial ini bukan sahaja mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar UNISEL malah turut mendapat sambutan daripada pelajar luar termasuk pelajar sekolah menengah sekitar Shah Alam.

Di akhir program turut diadakan sesi soal jawab berkenaan kelebihan media sosial dan cara menjana pendapatan melaluinya. Peserta program dipersembahkan dengan nyanyian daripada Aqeesh Aleeya juara Bakat Ohsem Malaysia 2017. Program yang berlangsung selama satu hari itu turut mengetengahkan pelbagai aktiviti pencarian bakat baru dalam pengacaraan dan cabutan bertuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *