Masyarakat Main Peranan Lahirkan Pemimpin Islam Berwibawa

Masyarakat Main Peranan Lahirkan Pemimpin Islam Berwibawa

Pusat Islam Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menganjurkan program Ceramah Bulanan Khas yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presidn Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Bertemakan ‘Kepimpinan Dunia Islam, Cabaran dan Harapan Masa Kini’, beliau dalam ceramahnya telah mengambil contoh kepimpinan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdoĝan yang dianggap sebagai seorang pemimpin berwibawa rentetan perjuangan beliau yang tegas dalam menentang musuh Islam.

Tn. Hj. Ahmad Azam dalam pada itu turut menyarankan agar masyarakat Islam pada hari ini memperhebatkan lagi program berbentuk keagamaan seperti wacana kekhalifahan dan gerakan solat subuh berjemaah. Ini adalah bertujuan untuk membina generasi ummatik yang baharu serta melahirkan pemimpin dan ulama bertaraf dunia yang mampu membina rangkaian NGO Islam sebagai benteng pertahanan ummah.

Program yang bermula pada jam 11.00 pagi itu turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta pengurusan tertinggi universiti. Sesi soal jawab turut diadakan bagi merungkai persoalan-persoalan berkenaan topik yang dibentangkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *