Marhaban Ya Ramadan, Menanti Tetamu Dirindui

Marhaban Ya Ramadan, Menanti Tetamu Dirindui

Bersempena Ramadan yang bakal tiba, Pusat Islam Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan ceramah agama Ambang Ramadan 1439 Hijrah pada 16 Mei bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL Kampus Shah Alam.

Program istimewa ini menampilkan Ustaz Hasri Harun, Pengarah Institut Maqasid Syariah (INSMAQ) Pusat Kecemerlangan dan Pusat Pengajian Asasi dan Umum (CFGS) UNISEL sebagai panel.

Beliau menjelaskan sekiranya seseorang berpuasa dengan taqwa ia dapat mengembangkan emosi, mendidik kejujuran, meningkat ilmu pengetahuan, mendidik kesetaraan, mendidik disiplin dan mengajar erti kesabaran.

Ramadan haruslah dihidupkan dengan dua perkara iaitu As Siyam (menahan diri dari sifat-sifat mazmumah) dan Al Qiyam iaitu membangunkan Ramadan dengan aktiviti tadarus al Quran, qiamullail, solat tarawih, infaq dan sebagainya.

Program berakhir dengan ucapan oleh Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Presiden UNISEL. Beliau menasihati dalam kegembiraan menyambut ramadan, janganlah dilupakan kepada umat Islam di wilayah bergolak Palestin.

Tambah beliau lagi, bagi mengimarahkan Ramadan, pelbagai aktiviti keagamaan disediakan untuk semua warga UNISEL sepanjang bulan Ramadan ini. Seluruh warga UNISEL mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *