Mantan Naib Canselor Pilih UNISEL

Mantan Naib Canselor Pilih UNISEL

Kemudahan fasiliti yang baik menjadi sebab utama Prof. Dato’ Dr. Razali Agus, Mantan Naib Canselor ke-4 menempatkan anaknya di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau ditemui ketika hadir ke Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan September 2018 yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Bagi beliau, UNISEL menjadi pilihan terbaik buat anaknya, Muhammad Afiq Iqmal, 18 yang akan melanjutkan pengajian di program Tahun Asas TESL. Tambahan lagi, suasana kampus ini amat sesuai untuk sesi pembelajaran begitu juga dengan kemudahan fasiliti yang amat baik.

Apa yang lebih menarik, anak beliau ada menerima tawaran daripada salah sebuah institusi pengajian tinggi awam terkemuka namun beliau lebih mengesyorkan UNISEL kerana percaya kepada kualiti akdemik dan kredibiliti pensyarah di sini.

“Selaku mantan Naib Canselor, saya percaya UNISEL mampu bergerak dengan lebih jauh dan berharap agar universiti ini akan terus berdaya saing dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang lain dan selaku bapa, saya hanya mahukan yang terbaik buat anak saya,” ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *