Majlis Watikah Pelantikan MPP UNISEL Sesi 2018/2019

Majlis Watikah Pelantikan MPP UNISEL Sesi 2018/2019

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2018/2019 bertempat di UNISEL kampus Shah Alam. Majlis telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi UNISEL.

Acara dimulai dengan ucapan daripada mantan Presiden MPP Kampus Bestari Jaya, Mohammad Tirmizi Abd Manaf dan ucapan daripada mantan Presiden MPP Kampus Shah Alam, Mohamad Iskandar Zulkarnain Lukman Lee.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan perasmian oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta upacara penyampaian sijil penghargaan kepada mantan MPP pula telah disempurnakan oleh En. Amidi Abdul Manan, Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh barisan MPP UNISEL Sesi 2018/2019 diketuai oleh Karthikesan a/l Vijayakumar, Presiden MPP Kampus Bestari Jaya dan Keshwin Babu a/l Subramaniam, Presiden MPP Kampus Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada barisan MPP yang terpilih dan diharap agar mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *