Majlis Syarahan Profesor Kali Ke-3 Oleh Prof. DR. Mokhtar Abdullah

Majlis Syarahan Profesor Kali Ke-3 Oleh Prof. DR. Mokhtar Abdullah

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menganjurkan Majlis Syarahan Profesor yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, Naib Presiden UNISEL kampus Bangladesh bertempat di Dewan Pro-Canselor UNISEL kampus Shah Alam.

Syarahan yang bertajuk “Hamessing The RIGHT-to-MIGHT (R2M) Framework and Organisational Entropy for Performance Excellence in Organisations” itu membincangkan aspek dalam mencapai kecemerlangan organisasi dan tiga perkara yang harus dititikberatkan adalah kepantasan, kelakuan, dan nilai.

Hadir memeriahkan majlis syarahan adalah YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, pengurusan tertinggi universiti, pensyarah serta pelajar-pelajar daripada Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *