MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2019

Majlis Perhimpunan Bulanan Mei 2019 berlangsung dengan jayanya di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Shah Alam. Majlis tersebut dihadiri oleh kakitangan akademik dan pentadbiran dari kedua-dua buah kampus.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan amanat bulanannya menegaskan agar setiap warga universiti untuk terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha untuk menjadikan UNISEL sebagai universiti terunggul di Malaysia.

Pelbagai pendekatan baharu turut dilaksanakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL antaranya kunjung hormat ke beberapa buah negara seperti Bangladesh, Jepun, German dan Kenya. Dalam pada itu, beliau dalam ucapannya juga turut menekankan aspek kebersihan, etika berpakaian selain penjimatan dari pelbagai segi termasuklah penggunaan air dan elektrik.

“Menariknya pada hari ini adalah merupakan hari pertama bagi umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadat berpuasa. Oleh yang demikian, saya ingin mengajak kesemua warga UNISEL untuk bersama-sama melaksanakan ibadah puasa dan meningkatkan amalan-amalan di bulan yang mulia ini,” ujar beliau.

Sepanjang bulan Ramadan ini, pelbagai aktiviti berkaitan akan dilaksanakan antaranya Program Iftar Jamaie dan Gempur Subuh. Tambahan lagi, Jamuan Aidilfitri dan Hari Keluarga UNISEL juga telah direncanakan pelaksanaan bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kakitangan UNISEL.

Di akhir majlis, Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut melancarkan “Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan” dalam usaha untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan warga universiti terjaga.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *