Majlis Pelepasan Ikan Pertandingan Memancing Terbuka Sempena Hari Terbuka Mega UNISEL

Majlis Pelepasan Ikan Pertandingan Memancing Terbuka Sempena Hari Terbuka Mega UNISEL

Sempena Hari Terbuka Mega Universiti Selangor (UNISEL) yang bakal berlangsung 2 dan 3 Disember 2017, UNISEL bakal menganjurkan Pertandingan Memancing Terbuka menyaksikan hadiah tunai keseluruhan bernilai RM20,000.

Dalam pada itu, Y.Bhg Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman hari ini telah hadir pada acara pelepasan ikan di lokasi pertandingan, Tasik UNISEL kampus Bestari Jaya.

Sedikit info mengenai pertandingan yang akan berlangsung selama dua hari itu, setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM50 bagi satu joran. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftar di joran.unisel.edu.my. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Taufiq (017-6977985) atau En Rozian (012-3897313).