Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sesi September 2018

Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sesi September 2018

Minggu Tekad Siswa bagi pelajar baharu kemasukan September 2018 telah melabuhkan tirainya hari ini. Program yang berlangsung selama empat hari itu merupakan minggu suia kenal antara pelajar-pelajar baharu yang telah dikelolai sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Selangor (UNISEL).

Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapan penutup program berkata beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

“Saya percaya UNISEL menjadi pilihan para pelajar kerana keyakinan terhadap kebolehan UNISEL dapat membentuk kecemerlangan kepada para pelajar. UNISEL merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan dimana fasiliti yang kami sediakan adalah setaraf institusi pengajian tinggi awam,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, tenaga pengajar UNISEL juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ini merupakan faktor utama kenapa universiti ini amat menitikberatkan kecemerlangan setiap pelajar.

UNISEL merupakan sebuah universiti yang bukan sahaja menyediakan yuran yang berpatutan malah fasiliti yang terbaik seperti asrama, perpustakaan dan sebagainya kepada pelajar. Dengan segala kemudahan yang ada ini, beliau menyeru agar setiap pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan peluang keemasan dan peluang belajar ini sebaik yang mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *