Jalaluddin, isterinya bersama Nurul Izzati.

Bukan seorang tetapi tiga anak perempuan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan menuntut di Universiti Selangor (UNISEL). Sebagai anak jati Selangor satu perasaan bangga dengan Universiti Selangor sukar untuk diterjemahkan, menurut beliau ketika ditemui.

Dua daripadanya merupakan pelajar di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat manakala seorang lagi di Fakulti Perniagaan. Terbaru, anak ke-6 daripada lapan beradik, Nurul Izzati, 23, berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sains Komputer.

Jalaluddin meluahkan rasa terharu dan bangga dengan kejayaan anaknya ketika ditemui semasa Istiadat Konvokesyen Ke-9 hari ini. Tambahan lagi, tiga permata hatinya adalah pelajar UNISEL. Bagi beliau, ia suatu perkara yang amat bererti kerana beliau merupakan anak jati Selangor.

“Sebagai anak Selangor, saya bangga tiga anak bergraduat di sini (UNISEL) kerana ia besar ertinya bagi saya. Saya gembira mereka berjaya di sini kerana penat lelah sebagai ibu bapa membesarkan mereka dibalas dengan kejayaan ini," katanya

Secara berterus terang, beliau berkata, keputusan menempatkan anaknya di UNISEL adalah berdasarkan reputasi universiti ini. Tambah beliau lagi, UNISEL merupakan sebuah institut pengajian  tinggi yang berkaliber dalam melahirkan pelajar cemerlang selama ini.

Berbicara lebih luas apabila disoal berkenaan pelbagai isu yang cuba dimainkan terhadap UNISEL, maklum beliau, ‘Universiti tidak seharusnya dijadikan medan politik, saya tidak terkesan'. Bahkan tambah beliau lagi, ‘saya tidak sangsi langsung untuk menghantar anak belajar di sini selama ini' katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan ringkas tadi, sempat beliau berpesan serta berharap agar UNISEL terus cemerlang dan mampu melahirkan lebih ramai anak muda yang berpendidikan tinggi di Negara khususnya anak Selangor.


Jalaluddin mengikuti istiadat konvokesyen anaknya.


Jalaluddin sempat melayani orang ramai yang mahu bergambar bersamanya.


Jalaluddin (dua, kanan) bersama anaknya Nurul Izzati dan Dekan Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat, Dr Raja Mohd Tariqi Raja Lope Ahmad.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online