Upacara Adat Istiadat Konvokesyen 2014 ke-9 Universiti Selangor sedang berlangsung.

Seramai 2,691 graduan diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-9 Universiti Selangor (UNISEL)  hari ini. Istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang ini dijalankan dalam lima sidang dan disempurnakan oleh Canselor UNISEL, YAD Raja Tan Sri  Dato’ Seri Arshad  Raja Tun Uda pada sidang pertama pada pagi tadi.

Turut hadir dalam istiadat konvokesyen sidang pertama ialah Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd/UNISEL, Mohamed Azmin Ali, Pro-Canselor UNISEL, Dato’ Setia Dr Anuar Masduki, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, ibu bapa dan jemputan kenamaan lain.

Istiadat yang penuh warna-warni dan gilang-gemilang ini akan berlangsung selama tiga hari membabitkan seramai 2,691 graduan. Daripada jumlah ini seramai 19 orang akan menerima ijazah kedoktoran falsafah dan profesional, 27 orang menerima ijazah sarjana (masters), 1,146 orang menerima ijazah sarjana muda (bachelor) dan 1499 orang menerima diploma.

Penerima bagi Ijazah Anumerta Doktor Kehormat dianugerahkan kepada Allahyarham Zainon Ahmad yang merupakan wartawan veteran disegani di negara ini. Pemilihan beliau yang dikenali sebagai Pak Non dibuat berdasarkan sumbangan dalam dunia kewartawanan melalui pengalaman luasnya. Beliau ternyata dihormati oleh pengamal media. Beliau meninggal dunia pada Mac tahun lalu. Anaknya, Zalinda Zainon mewakilinya bagi menerima anugerah ini.

Anugerah yang dimaksudkan ialah:

  • Anugerah Canselor 2014 diterima oleh Muhammad Faiz Mat Zauki yang mengikuti Program  Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik Digital Sains Komputer  Beliau akan menerima RM5,000, trofi pusingan dan sijil tajaan PKNS
  • Anugerah Pengerusi 2014 dirangkul oleh Mohd Waqiyuddin Abdullah penerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Psikologi Industri. Bakal menerima RM3,000.
  • Anugerah Naib Canselor 2014 diterima oleh Yasmin Abdul Manan yang dianugerahkan  Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewartawanan. Bakal menerima RM2,500
  • Anugerah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi bakal diterima Amir Safuan Badeli, dianugerahkan Diploma Pengurusan Industri Sukan. Menerima hadiah wang tunai RM2,500.

Setiap kategori anugerah diberikan adalah bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini.

Istiadat Konvokesyen ini bertambah rancak dengan penganjuran Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). FESKONISEL bermula hari ini hingga 10 November dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah wacana, jualan pelbagai produk dan konsert.


Penerima Anugerah Canselor 2014, Muhammad Faiz Mat Zauki.

 


Y.A.B. Tuan Mohamed Azmin bin Ali sedang menyampaikan ucapannya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online