Datuk Abdul Samah memeriksa perbarisan sambil diiringi oleh Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad

Polis Selangor memuji usaha Universiti Selangor (UNISEL) mewujudkan Kelab Pencegahan Jenayah sekaligus menjadikannya sebagai institut pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama di negeri ini mempunyai kelab tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, penubuhan kelab tersebut bukan sahaja memberi banyak faedah kepada universiti bahkan masyarakat setempat. Ia dapat mewujudkan kesedaran di kalangan para pelajar berhubung pencegahan jenayah yang semakin berleluasa.

Selain itu, ia dapat mendidik para pelajar untuk memainkan peranan di dalam universiti serta dunia luar. Kelab ini dapat beri kesedaran serta kefahaman kepada pelajar supaya mereka lebih prihatin iaitu dalam konteks universiti kita mahukan keselamatan.

“Kelab ini akan terlibat dengan keselamatan dalam kampus serta memainkan peranan luar sebagai ahli masyarakat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Mencegah Jenayah Bersama UNISEL dan Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah UNISEL 2014 di Kampus Bestari Jaya.

UNISEL adalah merupakan IPTS pertama di Selangor yang berjaya menubuhkan kelab ini yang lahir daripada inisiatif Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Program-program yang akan diadakan bukan sahaja melibatkan sesama pelajar sebaliknya komuniti.

Datuk Abdul Samah mengingatkan para pelajar supaya meneruskan usaha murni ini pada masa akan datang walaupun sudah tamat pengajian bagi membantu komuniti. Beliau turut memaklumkan akan mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk melaksanakan tindakan susulan bagi membantu kelab tersebut bersama MCPF.


Datuk Abdul Samah merasmikan pelancaran kelab tersebut

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online