Izzati Adila, Muhd Arif dan Velaitham

Para pelajar yang baru mendaftar bagi pengambilan Oktober, memilih untuk belajar di Universiti Selangor (UNISEL) kerana yakin dengan reputasinya. Ini dibuktikan apabila kebanyakkan pelajar baru yang ditemui mengesahkan keyakinan tersebut.

Izzati Adila Zainuddin, 18, berkata, dia memilih untuk melanjutkan pelajaran kerana faktor imej UNISEL yang dilihat cemerlang di kalangan institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Sebelum membuat pilihan dia mendapatkan maklumat mengenai UNISEL menerusi sepupunya yang menuntut di sini. “Saya harap dapat bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti," katanya.

Muhd Arif Abdul Halil, 18 turut bersependapat bahawa UNISEL tempat terbaik mengejar cita-citanya. Berdasarkan apa yang didengarinya, peluang untuk mendapatkan pekerjaan selepas graduan adalah sangat cerah. "Saya dengar dari rakan-rakan graduan UNISEL mudah diterima di dalam industri," katanya.

Velaitham Kanavathy, 21, turut yakin keputusan memilih UNISEL adalah bagi menjamin masa depannya. Dia menaruh harapan tinggi agar sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti ini dapat memudahkannya untuk menguasai ilmu.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online