Prof Dr Anuar (dua, kanan) bersalaman dengan Osman selepas selesai menandatangani MoU

Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Syarikat Kayu Gaharu Sdn Bhd melalui Fakulti Kejuruteraan sebagai salah satu usaha meningkatkan daya saing universiti.

Kerjasama yang terjalin sejak tahun lalu akhirnya membuahkan hasil apabila draf MoU siap Mei lalu. Usahasama ini diharapkan dapat membuahkan hasil positif kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Pengerusi yang juga merupakan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad menyifatkan langkah mengadakan MoU dengan sebuah syarikat terkemuka yang maju di dalam bidang tersebut merupakan satu tindakan yang sangat wajar.

Ia kerana pelajar UNISEL akan mendapat manfaat melalui program itu yang memberi peluang untuk menimba pengalaman. Malah para pelajar juga dapat menjalani latihan industri yang ditawarkan di syarikat tersebut.

Syarikat tersebut juga akan memberi tunjuk ajar kepada pihak UNISEL dalam program-program pembangunan yang merangkumi teknologi penanaman, pemprosesan dan pengekstrakkan minyak gaharu sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk hiliran yang dibangunkan.

“Pada masa yang sama, mewujudkan projek-projek yang memberi daya saing kepada UNISEL untuk maju. Sebagai timbal balas, UNISEL menerusi Fakulti Kejuruteraan akan menyediakan staf-staf teknikal dan fasiliti, yang mana dirasakan perlu untuk pembangunan dan kemajuan projek bersepadu”

“Pihak fakulti juga akan melakukan penyelidikan dan kajian ke atas pokok kayu gaharu dalam usaha membangunkan produk gaharu secara bersepadu demi kebaikkan bersama nanti,” katanya semasa berucap di dalam majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi Kayu Gaharu Sdn Bhd, Osman Hanapi di Kampus Bestari Jaya.

Prof Dr Anuar berharap kerjasama pintar antara UNISEL dengan Kayu Gaharu akan dapat dilaksanakan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber masing-masing dan dapat memastikan ianya digunakan dengan berkesan.

Dalam pada itu, Prof Dr Anuar turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat tersebut yang bermurah hati menyumbangkan 200 pokok kayu gaharu sebelum ini. Pokok-pokok tersebut kini ditanaman di sekitar fakulti berkenaan.


Prof Dr Anuar (dua, kiri) bersama Osman (dua, kanan) melihat pokok kayu gaharu yang ditanam di Fakulti Kejuruteraan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online