UCAPAN CANSELOR UNISEL
YAD RAJA TAN SRI DATO’ SERI ARSHAD ALHAJ BIN
RAJA TUN UDA ALHAJ
SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KELAPAN UNISEL
PADA 26 OKTOBER 2013
DI DEWAN CANSELOR, KAMPUS UNISEL BESTARI JAYA,
KUALA SELANGOR

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
BISIMILLAHIR RAHMANNIR RAHIM SEGALA PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA, SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD SALALLAHU ALAIHI WASALLAM, KEPADA SELURUH KELUARGA DAN PARA SAHABAT BAGINDA.

YANG BERBAHAGIA, DATO’ SETIA DR HAJI ANUAR BIN HAJI MASDUKI, PRO CANSELOR UNISEL

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR, YANG AMAT BERHORMAT, TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM, MERANGKAP PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PENDIDIKAN  INDUSTRI YAYASAN SELANGOR SENDIRIAN BERHAD (PIYSB),

YANG BERHORMAT,  PUAN HAJAH DR HALIMAH BINTI ALI, EXCO PENDIDIKAN, PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR,

AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH PIYSB

YANG BERUSAHA, PROF DR HAJI ANUAR BIN HAJI AHMAD, PRESIDEN & NAIB CANSELOR UNISEL

TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR UNISEL

PARA GRADUAN YANG DIKASIHI, IBU BAPA, WARGA UNISEL TERDIRI DARIPADA TENAGA AKADEMIK DAN PENGURUSAN SERTA RAKAN MEDIA YANG DIHORMATI


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

SAYA BERSYUKUR KE HADRAT  ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZIN DAN RAHMAT-NYA JUGA SAYA DAPAT BERSAMA-SAMA PARA HADIRIN SEKALIAN DI ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) KALI KELAPAN, YANG DIADAKAN MULAI HARI INI HINGGA ESOK.

SAYA  DIMAKLUMKAN BAHAWA PADA KONVOKESYEN KALI KELAPAN INI AKAN DIADAKAN SEBANYAK EMPAT SIDANG MEMBABITKAN SERAMAI 2,003 GRADUAN BAKAL MENERIMA IJAZAH MASING-MASING. DARIPADA JUMLAH INI SERAMAI TUJUH ORANG AKAN MENERIMA IJAZAH KEDOKTORAN FALSAFAH DAN PROFESIONAL ,34 ORANG MENERIMA IJAZAH SARJANA (MASTERS), 1,025 ORANG MENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA (BACHELOR) DAN 937 ORANG MENERIMA DIPLOMA. 

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN TAHNIAH KE ATAS PENERIMA ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI, PROF DR AKHMALOKA, REKTOR INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG (ITB) INDONESIA. PEMILIHAN BELIAU BERDASARKAN SUMBANGAN BELIAU SEBAGAI SEORANG SARJANA ULUNG DAN KEUPAYAAN MENGEMUDI ITB KE PUNCAK KEJAYAAN SEHINGGA MENCATAT NAMA SEBAGAI INSTITUSI YANG CUKUP DIHORMATI SERTA MENDUKUNG KERJASAMA YANG AMAT BERMAKNA DENGAN UNISEL.  INSPIRASI YANG DIPEROLEHI DARIPADA KERJASAMA INI TELAH MEMBANTU PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DI UNISEL DAN NEGERI SELANGOR.  SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI.

PADA OGOS LALU, SATU LAGI PENCAPAIAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN SAYA DAN SELURUH WARGA SELANGOR,  IALAH UNISEL TELAH MENEMPA SEJARAH APABILA PROF EMERITUS DATO’ DR ABDUL LATIF IBRAHIM, DIPILIH SEBAGAI TOKOH  ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN) 2012 YANG DIUMUMKAN PADA 20 OGOS 2013 LALU. BELIAU ADALAH SEORANG SAINTIS NEGARA DAN PROFESOR KANAN DI UNISEL SEJAK 2003 SERTA MENERAJUI INSTITUT BIO-IT SELANGOR YANG BERIBU PEJABAT DI UNISEL, SHAH ALAM.

KEPADA KUMPULAN GRADUAN PULA  SAYA PERCAYA BIDANG YANG DICEBURI BERPOTENSI UNTUK MEMBERI SUMBANGAN YANG AMAT BERMAKNA KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA GRADUAN YANG MENERIMA IJAZAH DAN DIPLOMA MASING-MASING. KEJAYAAN PARA GRADUAN, PADA HARI INI MENCATAT SEJARAH PERKONGSIAN KEGEMBIRAAN IBU BAPA DAN KELUARGA. SAYA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA GRADUAN YANG TELAH MEMBERIKAN BIMBINGAN SERTA NASIHAT KEPADA GRADUAN UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DALAM ILMU PENGETAHUAN SERTA MENDIDIK MEREKA DALAM MEMBINA PERIBADI, JATI DIRI DAN PEGANGAN MORAL SEHINGGA BERJAYA PADA HARI INI. KEJAYAAN GRADUAN PADA HARI INI ADALAH PERMULAAN KEPADA PELENGKAP PEMBANGUNAN TAMADUN MALAYSIA YANG MAJU, MEMPUNYAI NILAI HIDUP BERTERASKAN KEPADA PRINSIP YANG BERKUALITI TINGGI, ADIL DAN SAKSAMA.

DI SINI SAYA INGIN MENYERU KEPADA PARA PELAJAR SEBAGAI ALUMNI UNSEL SUPAYA JANGANLAH LUPA KEPADA UNISEL DAN SETIAP PELAJAR MESTILAH AKTIF DALAM ALUMNI INI. MEREKA MESTILAH MEMBALAS BALIK SEGALA JASA UNISEL SELEPAS MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN DAN MEMBANTU UNIVERSITI INI BAIK DAN SEGI PEMIKIRAN MAHUPUN KEWANGAN SUPAYA UNISEL AKAN BERTAMBAH MAJU DAN DAPAT MENGELUARKAN GRADUAN YANG BERKUALITI YANG BOLEH MEMBANTU MEMBINA NEGARA PADA MASA HADAPAN.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN

SAYA BERHARAP AGAR GRADUAN TERUS MEMBERI SOKONGAN DAN BANTUAN KEPADA UNIVERSITI NI BAGI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN YANG DICAPAI OLEH UNIVERSITI AKAN TERUS TERPELIHARA. CITA-CITA SAYA ADALAH UNTUK MELIHATKAN SUPAYA UNISEL  INI MENJADI SEBUAH UNIVERSITI  UNGGUL YANG MANA ILMU YANG DIBERIKAN KEPADA GRADUAN ITU BERKUALITI YANG TINGGI DAN SETIAP GRADUAN YANG KELUAR DARI KAMPUS INI MENJADI REBUTAN MAJIKAN. DENGAN SECARA TIDAK LANGSUNG UNISEL AKAN MENJADI SEBUAH UNIVERSITI YANG BERKUALITI DAN BERSTATUS TINGGI YANG BOLEH DIBANGGAKAN BUKAN SAHAJA DI NEGARA KITA TETAPI JUGA INSYAALLAH DAPAT BERSAING DENGAN UNIVERSITI TERKENAL DI DUNIA INI.

KEPADA PENSYARAH PULA, SAYA  INGIN MENGINGATKAN TENTANG KEPERLUAN  MENANAMKAN ILTIZAM UNTUK MEMBERIKAN DEDIKASI YANG LUAR BIASA BAGI MENDIDIK PARA PELAJAR DI UNISEL INI KERANA DENGAN CARA INI SAHAJA PARA PENSYARAH DAN JUGA PENGURUSAN DAPAT MENGELUARKAN GRADUAN-GRADUAN YANG BERKUALITI TINGGI. SAYA INGIN MENYATAKAN KEPADA PENSYARAH,  ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMBENTUK GENERASI YANG AKAN DATANG YANG BERGUNA KEPADA BANGSA DAN NEGARA.

SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

SUNGGUHPUN UNISEL KINI BERUSIA 14 TAHUN DAN BEROPERASI DI DUA KAMPUS IAITU DI BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR DAN DI IBU NEGERI SELANGOR, BANDAR RAYA SHAH ALAM, SAYA AMAT BERBANGGA DENGAN STATUS GRADUAN UNISEL YANG MUDAH MENDAPAT PEKERJAAN SETELAH TAMAT BELAJAR.  BERDASARKAN KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, GRADUAN UNISEL DISIFATKAN SEBAGAI HIGHLY EMPLOYABLE YANG DITERIMA DENGAN AMAT BAIK OLEH KEBANYAKAN SYARIKAT SWASTA DAN AWAM.  DENGAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN YANG DIBEKALKAN DIHARAPKAN BAHAWA GRADUAN UNISEL MAMPU MENGHADAPI CABARAN SUASANA DI TEMPAT KERJA SERTA PEMBANGUNAN MODAL INSAN YANG BERDAYA MAJU.

SAYA INGIN MENGINGATKAN WARGA UNSEL SUPAYA SENTIASA BERSATU HATI, MENGUTAMAKAN INTEGRITI DAN MEMPERTINGKATKAN PRODUKTIVITI UNTUK MELONJAKKAN UNISEL KE TAHAP YANG IEBIH TINGGI. UNIVERSITI MERUPAKAN SATU PUSAT PEMIKIRAN YANG SERIUS UNTUK MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN BANGSA, NEGARA DAN SEJAGAT DAN BUKANNYA TEMPAT UNTUK MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU PARTISAN YANG SEMPIT. KEPENTINGAN UMUM HENDAKLAH MENGATASI KEPENTINGAN PERIBADI. PARA PENSYARAH DAN CENDEKIAWAN DI UNIVERSITI BOLEH BERLAINAN PANDANGAN ATAU PENDAPAT ATAU KRITIKAN YANG IKHLAS DAN MEMBINA, TETAPI HENDAKLAH MENGHORMATI DAN MENYOKONG SESUATU KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT OLEH MAJORITI. HAL INI AKAN DAPAT MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN UNISEL SECARA KESELURUHAN.

KEPADA PARA PELAJAR, SAYA INGIN MENYERU SUPAYA SENTIASA MENJAGA TINGKAH LAKU DAN PEKERTI YANG BAIK. DALAM KEGHAIRAHAN TERHADAP SINDROM IDEALISME YANG BIASA BERLAKU KEPADA PELAJAR, SAYA BERHARAP PARA PELAJAR DAPAT MENGENDALIKANNYA DENGAN PEMIKIRAN YANG WARAS DAN MEMBERI PERTIMBANGAN YANG SEWAJARNYA SEBELUM MENGAMBIL SESUATU TINDAKAN.

APA-APA KETIDAKPUASAN HATI TERHADAP UNIVERSITI, JIKA ADA, HENDAKLAH DISAMPAIKAN DENGAN CARA YANG BAIK DEMI MENJAGA NAMA BAIK PELAJAR DAN UNIVERSITI SENDIRI. APA-APA BENTUK TINDAKAN YANG BERSIFAT MENENTANG/VANDALISME TIDAK MENCERMINKAN BUDI PEKERTI DAN INTEGRITI TINGGI PELAJAR YANG BERADA DI GEDUNG ILMU. BAHKAN IA MENGUNDANG RASA KECEWA IBU BAPA SERTA MASYARAKAT YANG MENARUH HARAPAN TINGGI TERHADAP PARA PELAJAR. SAYA DOAKAN SEMOGA USAHA MURNI GRADUAN, ALUMNI DAN WARGA UNISEL DITERIMA SEBAGAI AMALAN KEBAIKAN YANG BERKEKALAN DAN MENDAPAT RAHMAT DAN PERTOLONGAN YANG MAHA ESA.

AKHIR SEKALI SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA IJAZAH DAN DIPLOMA PADA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KELAPAN INI DAN BERDOA SEMOGA SAUDARA-SAUDARI SEMUA AKAN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI.
SAYA AKHIRI UCAPAN INI DENGAN SERANGKAP PANTUN:

NEGERI SELANGOR TERMASHYUR SUDAH
KERAJAAN PRIHATIN MENABUR JASA
SEGULUNG IJAZAH DIGENGGAM SUDAH
GRADUAN UNISEL SEDIA BERJASA

WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online