Prof Dr Anuar menyarungkan jaket UNISEL sebagai simbolik kepada Ahmad Zaid

Para pelajar baru pengajian tahun asas sesi pengambilan September diingatkan supaya ikhlas dalam menuntut ilmu. Ikhlas dalam menuntut ilmu juga amat penting bagi mendapatkan keberkatan.

Presiden yang juga merupakan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad mengingatkan para pelajar supaya ikhlas dalam mempelajari ilmu kerana dapat memudahkan segala urusan pembelajaran.

Beliau juga turut berkongsi kepada para pelajar mengenai adab-adab mempelajari ilmu. Para pelajar mestilah menguasai Bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa pengantar yang penting dalam dunia serba teknologi hari ini.

Malah dalam dunia perniagaan bahasa tersebut amat penting untuk dikuasai. Ia bagi memudahkan para pelajar berkomunikasi serta menhadapi alam pekerjaan kelak.

Majlis perasmian program Minggu Tekad Siswa tersebut yang berlangsung di kampus Bestari Jaya pada pagi ini turut diserikan dengan ikrar pelajar yang diketuai oleh Ahmad Zaid Abd Rahim dengan penuh bersemangat.


Ahmad Zaid mewakili para pelajar melafazkan ikrar dengan penuh bersemangat

 


Prof Dr Anuar sedang berucap kepada para pelajar baru

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online