Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ustaz Azhar Idrus yang berada di UNISEL untuk mendaftarkan anaknya.

Proses pendaftaran pelajar baru pengajian tahun asas hari ini dikejutkan dengan kehadiran Penceramah bebas terkenal tanahair, Ustaz Azhar Idrus yang berada di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam.

Kehadiran beliau itu menjadi tumpuan para pelajar yang rata-rata mengambil kesempatan untuk berjumpa serta bergambar. Beliau berada di UNISEL bertujuan untuk mendaftarkan anak lelakinya mengikuti program tahun asas pengurusan.

Azhar berkata, beliau memilih UNISEL sebagai tempat pengajian anaknya kerana yakin dengan reputasi universiti ini. Baginya, UNISEL di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai medan terbaik untuk anaknya menuntut ilmu.

Beliau ternyata tidak ragu-ragu membuat keputusan membenarkan anaknya melanjutkan pelajaran di UNISEL kerana menaruh kepercayaan tinggi terhadap mutu pembelajaran serta pengajaran disediakan.

“Senarai program yang ada di UNISEL sememangnya bagus lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri. UNISEL bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti & sebagainya,” katanya ketika ditemui.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online