Tahniah dan syabas buat Prof Madya Dr. Nazil Salleh, Dekan Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan, Universiti Selangor (UNISEL) kerana telah diberikan penganugerahan Chartered Scientist (CSci) pada 3 Sept 2014 oleh Council Science, United Kingdom. Beliau merupakan Scientist Malaysia pertama mendapat pengikfirafan melalui IBMS Chartered Scientist yg diberikan melalui Council Science.

Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Council Science kepada professional ‘Association Body’ di United Kingdom. Terdapat lebih 30 badan professional yang berdaftar dengan British Council. Manakala Institute Biomedical Science (IBMS) adalah merupakan badan professional yang bernaung dibawah Council Science dimana terdapat 3 orang ‘fellow’ (FIBMS) daripada Malaysia.

Beliau yang telah berkhidmat selama lebih 6 tahun di UNISEL, adalah merupakan seorang Dekan, Pensyarah malah ‘Scientist’ yang banyak menyumbang tenaga serta idea dalam keterlibatan menerusi bidang sains dan bio perubatan. Banyak hasil penulisan serta penyelidikkan beliau yang telah digunapakai di peringkat antarabangsa amnya serta di universiti khususnya.

Sekali lagi, diucapkan jutaan tahniah kepada Prof Madya Dr. Nazil kerana telah berjaya dianugerahkan dengan Chartered Scientist (Csci) yang merupakan Scientist pertama dari Malaysia yang memperolehinya. Kejayaan besar ini cukup membanggakan pihak universiti serta seluruh warga UNISEL secara keseluruhannya. Sememangnya juga kejayaan ini telah berjaya mengharumkan nama UNISEL di tanah air serta antarabangsanya amnya.

Anugerah demi anugerah, kemenangan demi kemenangan bahkan tidak keterlaluan kecemerlangan demi kecemerlangan yang diperolehi oleh Dekan, Pensyarah, Pelajar serta warga universiti secara keseluruhan telah mengambarkan kualiti serta mutu pendidikan di UNISEL sebenarnya telah melangkaui sempadan jangkaan selama ini. Berikut juga sebagai bukti komitmen jelas pihak pengurusan untuk terus memberikan perkhidmatan berorientasikan  pendidikan terbaik selama ini.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online