Pelajar Fakulti Kejuruteraan mengharumkan nama Universiti Selangor (UNISEL) apabila bergelar johan dan naib johan dalam pertandingan ‘Minggu Pembinaan Antarabangsa’ di Pusat Dagangan Dunia Putra kelmarin.

Mereka telah menewaskan wakil daripada Politeknik Ungku Omar dalam pertandingan tersebut. Kedua-dua pelajar itu, Muhammad Azizul Abd Aziz (Johan) dan Muhammad Syukri Mamat (Naib Johan) merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Pencapaian menjuarai pertandingan ‘Fast furious slum test’ ini amat membanggakan seluruh warga UNISEL kerana ia merupakan penyertaan kali pertama. Ia sekaligus dapat menaikkan imej serta reputasi UNISEL di kalangan institut pengajian tinggi (IPT) negara.

Kemenangan ini diharap dapat menjadi pencetus kepada seluruh pelajar untuk mencipta lebih banyak ruang keterlibatan selepas ini. Sesungguhnya kejayaan sebegini merupakan antara indikator keupayaan serta kebolehan setiap pelajar UNISEL juga secara keseluruhannya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online