Encik Ir Mohd Shukri Yob

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Selangor (UNISEL), Encik Ir Mohd Shukri Yob terpilih sebagai wakil tunggal dari negara ini daripada 15 negara yang akan ke Program 'Establishing Knowledge Cluster Through University- Industry- Government (U-I-G) Cooperation -Regional Industry Cluster Development di Jepun selama sebulan bermula 1 Oktober ini.

Program ini merupakan usahasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Japan International Corporation Agency (JICA) demi memberikan pendedahan dan pendekatan kluster yang berkesan untuk membangunkan sektor perindustrian dalam negara melalui interaksi multi-nasional.

Seramai 15 orang peserta telah dipilih terdiri dari Malaysia, Myanmar, India, Mexico, Brazil, Tunisia, Kenya, Kazakhstan, Indonesia, Mesir, China dan Vietnam.

UNISEL mengucapkan tahniah kepada Mohd Shukri yang terpilih untuk mewakili negara.

Semoga dengan pencapaian ini akan meningkatkan semangat staf UNISEL

untuk terus meningkatkan prestasi dan mempunyai kemahiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mohd Shukri berkata, beliau berharap segala pengalaman ditimbanya selama sebulan berada di Jepun akan digunakan sebaiknya apabila pulang ke negara ini.

“Saya nak tengok bagaimana mereka membangunkan polisi industri automotif di sana.

“Pengalaman berharga diperoleh diharap dapat dibawa pulang ke Malaysia khususnya UNISEL dalam melihat bagaimana universiti dapat berperanan untuk menyokong keperluan industri,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online