Pelajar mendengar dengan penuh minat demonstrasi sains dan teknologi yang dipamerkan.

Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama Universiti Selangor (UNISEL) mahu memperkasakan pendidikan sains dan teknologi bagi memastikan minat generasi muda terhadap bidang tersebut semakin tinggi.

Bagi tujuan tersebut, Institut Bio-IT Selangor telah menganjurkan Bengkel Pendidikan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) Kelab Tunas Ilmuwan Selangor 2014 yang telah berlangsung hari ini.

Bengkel di rasmikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr. Hajah Halimah Ali.  Ia merupakan bengkel kali ke-4 diadakan oleh institut berkenaan.

Menurut Dr. Halimah, bengkel tersebut bertujuan memberi nafas baru kepada pelajar bagi memupuk minat terhadap STEM. Ia berikutan situasi pada masa kini mendapati minat pelajar terhadap bidang ini amat rendah.

“Kita jadikan bengkel ini sebagai platform untuk menerapkan sumber ilmu iaitu Al-Quran dan mengilmukan serta memartabatkan rakyat sebagai ‘role model' dengan mencapai kejayaan merangkumi duniawi dan juga ukhrawi.

“Bengkel ini bakal mencetuskan golongan yang suka berfikir dan mengkaji segala yang dipelajari”  katanya ketika berucap semasa upacara perasmian yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 11 September 2014.

Bengkel tersebut di sertai oleh kira-kira 100 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu Maahad Intergrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar, Kolej Intergrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor serta Sekolah Menengah Islam Al-Farabi.

Melalui bengkel ini, semua pihak perlu sedar pentingnya bidang STEM ini pada masa akan datang. Ia adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri mencapai status negeri ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur'.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online