Budiman (kanan, Mohd Noor, Dr Halimah serta Prof Madya Supya semasa wacana tersebut

Para pelajar perlu belajar menghargai dan menghormati perbezaan dalam memastikan dapat melahirkan pemimpin pada masa akan datang demi negara.

Meraikan perbezaan walaupun berlainan ideologi atau falsafah adalah sangat penting kerana semua pihak datang daripada latar belakang berlainan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyarankan supaya para pelajar diberi lebih banyak pendedahan dalam menghayati perbezaan.

Dr Halimah berkata, perkara tersebut adalah penting bagi mencorak masa depan negara dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber.

Pelajar juga perlu ditanamkan dengan kemahiran untuk membuat penilaian sebelum membuat keputusan memilih sesuatu perkara.

Untuk mencapai sasaran tersebut, institut pengajian tinggi (IPT) perlu mengadakan lebih banyak program melibatkan pelbagai perspektif.

Sebagai contoh program Wacana Pendidikan Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan anjuran Universiti Selangor (UNISEL) hari ini yang menjemput beliau sebagai panel mewakili kerajaan negeri dan Adun Sungai Panjang dari Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi.

Menurutnya, idea menjemput dua wakil parti politik berlainan ideologi di dalam satu pentas membincangkan suatu isu adalah amat bernas dalam mendidik para pelajar untuk berfikir.

“Mungkin kita dapat lahirkan pemimpin politik pada masa akan datang yang boleh menghargai dan menghormati perbezaan kerana kita semua datang dari latar belakang berbeza.

“Kalau berhujah berdebat pun secara beradab. Ini budaya kita mahu lahirkan sebab itu mulakan di institut pengajian tinggi dan harap program-program seperti ini dapat ditambah untuk mewujudkan budaya positif.

Boleh cambah program-program budaya positif seperti ini,” katanya selepas wacana tersebut yang turut menampilkan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Supyan Hussin selaku panel serta moderator UNISEL, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Mohd Noor Nawawi.

Wacana tersebut membincangkan mengenai kepentingan pendidikan dalam melahirkan generasi pemimpin pada masa akan datang.

Ia juga sebagai mengubah perspektif di mana selama ini hanya wakil daripada satu pihak sahaja dijemput di universiti.

Melalui program-program seperti ini ia dapat memberi pendedahan serta mematangkan para pelajar.

Budiman berkata, pelajar serta rakyat perlu diberi peluang untuk mendapat maklumat daripada kedua-dua pihak sebelum membuat penilaian.

“Hari ini kita bersatu hati di atas isu pendidikan kerana impaknya melibatkan semua pihak.

“Saya boleh bersetuju dan tidak bersetuju dengan hujah-hujah dikemukakan,” katanya.

Wacana ini merupakan kali pertama diadakan di UNISEL dan ia diharap menjadi pencetus kepada IPT di seluruh negara.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, beliau berharap para pelajar UNISEL dapat mengadakan lebih banyak program seumpama ini.

Prof Dr Anuar berkata, negara akan maju sekiranya budaya seperti ini diterapkan sejak di peringkat universiti.

“Saya dapat respon positif daripada para pelajar mengenai wacana ini kerana mereka tidak mahu didoktrin untuk menerima sesuatu pendapat,” katanya.


Dr Halimah semasa menyampaikan hujahnya


Budiman menekankan para pelajar perlu menilai sesuatu perkara sebelum membuat keputusan


Panel, moderator bersama dengan pengurusan kanan UNISEL

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online