Pengurusan kanan UNISEL bersama dengan wakil Universiti Hatyai

Universiti Hatyai, Thailand mengadakan lawatan ke Universiti Selangor di Kampus Shah Alam bagi membincangkan beberapa perkara untuk kebaikan melibatkan kedua-dua pusat pengajian tersebut pada Jumaat lalu.

Universiti Hatyai yang baru ditubuhkan sejak 17 tahun lalu berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan UNISEL di dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Bagaimanapun, perkara tersebut belum diputuskan kerana masih di peringkat cadangan dan mungkin akan dibincangkan pada masa akan datang.

Presiden Universiti Hatyai, Penolong Prof Dr Wittawat Didyasarin Sattayarak menyatakan kegembiraan kerana delegasi seramai tujuh orang itu berpeluang untuk melawat UNISEL walaupun terpaksa mengharungi perjalanan panjang hampir 12 jam menaiki van.

Presiden UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad turut berkongsi kepada semua wakil Universiti Hatyai serba sedikit mengenai kejayaan yang dikecapi oleh universiti ini.

Kedua-dua pihak universiti turut bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju sistem pendidikan.

Pertemuan antara wakil kedua-dua universiti juga berlangsung dalam suasana amat mesra.

Prof Dr Anuar (kiri) berbincang bersama Prof Dr Wittawat (kanan)

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online