Pengurusan kanan UNISEL turut hadir memeriahkan majlis

Sambutan Aidilfitri Universiti Selangor (UNISEL) 2014 perlu dijadikan sebagai landasan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua kakitangan universiti ini.

Melalui program-program seperti ini, semua kakitangan disarankan supaya  menggunakan kesempatan yang ada untuk beramah mesra.

Ini kerana kekangan kerja menyebabkan kita kadangkala tidak berpeluang untuk berkenalan antara satu sama lain.

Semua kakitangan tidak kira sama ada akademik mahupun pentadbiran dapat bersua muka untuk kenal dengan lebih rapat.

Ingatan tersebut dibuat oleh Presiden yang juga merupakan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad semasa berucap merasmikan sambutan tersebut.

Sambutan kali ini melibatkan kedua-dua kampus di Bestari Jaya dan Shah Alam.

Ia diadakan bagi meraikan semua warga UNISEL sempena hari raya.

Kesemua kakitangan yang dibahagikan mengikut fakulti serta jabatan masing-masing bertungkus-lumus menyediakan pelbagai jenis hidangan yang menarik,

Malah semua bersemangat menghiasi gerai juadah masing-masing dalam usaha memenangi pertandingan gerai tercantik diadakan.

Kemeriahan sambutan tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan kugiran daripada Unit Kebudayaan UNISEL.


Kakitangan UNISEL menjamu selera pelbagai hidangan menarik yang disediakan


Antara hiasan gerai yang dilakukan oleh kakitangan bagi menyerikan lagi majlis sambutan tersebut

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online