Seramai 400 pelajar termasuk 30 guru daripada sembilan sekolah dari daerah Sabak Bernam menyertai Program Pecutan Akhir SPM 2014 di Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya semalam dalam usaha membantu mereka menduduki SPM.

Sekolah yang terlibat adalah SMK Bagan Terap, SMK Dato Mustaffa, SAM Sungai Haji Dorani, SAM Muhammadiah, SMK Munshi Abdullah, SMK Seri Bedena, SMK Sungai Besar, SMK Tengku Abdul Rahman Putra, SMK Ungku Aziz dan SMK Sungai Besar.

Program tersebut diadakan bagi membantu para pelajar menguasai teknik-teknik yang betul semasa menjawab soalan peperiksaan SPM.

Guru pakar turut berkongsi pengalaman dalam program ini bagi menyuntik rangsangan kepada calon-calon SPM.

Program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dengan kerjasama tujuh fakulti lain di UNISEL ini adalah selari dengan slogan universiti ‘Shaping Society’.

Ia dirasmikan oleh Presiden yang merupakan Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad

Melalui usaha-usaha seperti ini, UNISEL berharap dapat menjalinkan kerjasama serta hubungan erat dengan pihak sekolah.

Aktiviti seperti ini juga dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan demi menentukan masa depan mereka.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online