Para pelajar baru menyanyikan lagu Soladiriti untuk Gaza selepas melafazkan ikrar pelajar

Presiden Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad mengingatkan menguasai ilmu adalah lebih penting daripada mendapat sijil pelajaran semata-mata.

Ingatan tersebut ditujukan kepada para pelajar yang baru masuk ke universiti ini sempena pengambilan Ogos Sabtu lalu.

Penguasaan ilmu adalah penting kerana melaluinya para pelajar dapat memanfaatkan pada masa akan datang.

Prof Dr Anuar berkata, sijil pelajaran yang diterima hanyalah sekadar syarat untuk diterima bekerja tetapi ilmu yang diperoleh dapat digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ilmu pengetahuan sentiasa berubah mengikut arus perkembangan semasa di mana para pelajar perlu sentiasa mengikutinya.

“Ilmu mengatasi segala-galanya berbanding sijil kita terima kerana ia hanya pelengkap sebagai syarat untuk diterima bekerja.

“Sekiranya kita tak menggunakan kembali ilmu yang kita ada apabila sudah bekerja maka ia amat merugikan,” katanya semasa berucap sempena Ikrar Pelajar Baru Minggu Tekad Siswa Sesi Ogos 2014 di

Dewan Pro Canselor di Shah Alam di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan para pelajar supaya menguasai kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris.

Prof Dr Anuar berkata, menguasai Bahasa Inggeris terutamanya adalah penting kerana ia digunakan sebagai medium pengantar dalam sesi pembelajaran serta pengajaran di UNISEL.

Menurutnya, sekiranya pelajar gagal menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa tersebut ia pasti menyukarkan mereka untuk menamatkan pengajian seterusnya di alam pekerjaan kelak.


Prof Dr Anuar (tengah) menyarungkan jaket UNISEl kepada penghulu pelajar baru, Zafiqran Affarhan Zulkyflee selepas ikrar pelajar di adakan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online