Zainal Osman

Ibu bapa serta para pelajar yang mendaftar masuk bagi pengambilan Ogos Universiti Selangor (UNISEL) hari ini melahirkan rasa puas hati dengan keadaan asrama yang disifatkan sangat baik.

Akauntan, Azman Jaafar, 54, menyifatkan keadaan asrama sebagai sangat memuaskan kerana keadaannya yang luas dan bersih.

Azman berkata, keadaan luarannya juga amat cantik kerana baru dicat serta nampak selesa.


Vanitha Muniandy
“Bagi saya hostel memang baik dan teratur kerana keadaan alam sekitar di sekitar kampus ini selain daripada bersih serta ruang luas.

“Sebagai anak kelahiran Selangor memang saya bangga negeri ini ada institusi pendidikan tinggi (IPT) seperti ini,” katanya ketika ditemui di asrama Kampus Bestari Jaya.

Guru, Zainal Osman, 48, yang menghantar anak perempuannya daripada Batu Pahat, Johor untuk meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pendidikan sememangnya berasa lega kerana asrama berkenaan sudah boleh diduduki.

Zainal berkata, sebelumni anaknya menamatkan Pengajian Asasi di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan dia tidak teragak-agak mahu anaknya meneruskan pengajian di UNISEL.

Menurutnya, ia ditambah faktor keyakinannya terhadap UNISEL

yang disifatkan sebagai sebuah IPTS yang setara dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang ada di negara ini.

“Saya percaya dengan UNISEL sebagai salah satu IPTS yang setaraf dengan IPTA.

“Dulu tunggu juga bila asrama nak siap, sekarang dah siap memang lega sebab lebih selamat duduk di dalam.  Memang cantik bangunan dan selesa. Sebagai ibu bapa saya rasa tenteram.  Lebih dekat anak saya nak pergi ke kelas,” katanya.

Kampus berkenaan mula diduduki kembali sejak 1 Julai lalu berikutan kerja-kerja baik pulih melibatkan sistem kumbahan serta masalah mendapan tanah.


Azman Jaafar
“Biliknya besar dan bersih dan dengan adanya ini semua dapat mendorong pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Harshini berkata, dia selesa belajar di UNISEL kerana mempunyai ramai pensyarah yang bagus malah sistem pengajaran serta pembelajarannya juga sangat baik.

Menurutnya, dia memuji keadaan asrama yang sangat kondusif serta jaraknya yang terletak dekat dengan fakulti.

“Saya memang sangat puas hati dengan asrama disediakan kerana jaraknya dekat memudahkan kami untuk belajar.

“Tinggal di dalam ini juga lebih selamat berbanding di luar,’ katanya.

Asrama setinggi lima tingkat terdiri daripada 44 blok itu mula beroperasi kembali selepas ditutup kira-kira selama setahun lalu.

Guru, Vanitha Muniandy, 44, berkata, dia sanggup menghantar adiknya, Harshini, 20, dari Perlis untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kerana kemudahan dan fasiliti disediakan UNISEL sekarang lebih baik berbanding dahulu.

Vanitha berkata, selepas melihat keadaan asrama, dia sangat berpuas hati kerana keadaannya yang sangat selesa.

“Saya percaya suasana pembelajaran lebih selesa dengan segala fasiliti yang ada ini dapat memudahkan adik saya belajar.


Harshini (dua, kiri) sedang sibuk mengemas biliknya

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online