Universiti Selangor (UNISEL) mensasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya 2,500 pelajar baru bagi pengambilan Ogos ini.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, beliau menaruh harapan tinggi agar sasaran tersebut dapat dicapai.

Beliau menekankan supaya sasaran tersebut dicapai kerana ia merupakan antara penanda aras bagi sesebuah universiti.

Menurutnya, ia diibarat sebagai petunjuk penerimaan masyarakat seterusnya membolehkan UNISEL bersaing dengan institut pengajian tinggi (IPT) lain.

“Besar harapan saya agar ‘intake’ Ogos pada Sabtu ini kita mampu mencapai jumlah kemasukan pelajar sekurang-kurangnya seramai 2,500 orang berdasarkan komitmen ditunjukkan oleh pengarah yang baru dilantik bagi jawatan tersebut”

“Saya kira dengan selesainya isu asrama membelenggu universiti sekian lama, ia dapat memberi tanda aras baru agar jumlah kemasukan  pelajar semakin baik kerana apabila kita bercakap soal ranking dan ‘survival’ universiti, kita harus akur kemasukan pelajar merupakan indikator utama universiti bersaing dengan universiti-universiti lain di luar sana,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Ogos di sini semalam.

Sabtu ini pengambilan bagi kali ke-4 tahun ini akan diadakan di kedua-dua kampus iaitu Bestari Jaya dan Shah Alam.

Pengambilan Ogos melalui atas masih terbuka termasuk untuk ‘walk in’.

Mereka yang berminat boleh melayari http://www.unisel.edu.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Dalam pada itu, Prof Dr Anuar mengingatkan supaya semua warga kerja UNISEL meningkatkan prestasi bagi mengukur kejayaan.

Ia boleh dilaksanakan melalui perubahan idea, program baru serta pertambahan jumlah pelajar.

“Untuk menjadi sebuah universiti terkemuka, UNISEL perlu berubah menjadi organisasi yang lain daripada lain.

“Ia memerlukan komitmen, idea dan inisiatif baru,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online