Abdul Khalid (tengah) semasa melawat salah sebuah asrama berkenaan sambil ditemani oleh Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad (kiri)

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid sempat meluangkan masa malam tadi melawat ke asrama Kampus Bestari Jaya, Universiti Selangor (UNISEL) di Kuala Selangor yang baru siap sepenuhnya 1 Julai lalu.

Kehadiran beliau adalah yang pertama sejak kampus berkenaan diduduki oleh para pelajar.

Kampus berkenaan ditutup hampir setahun lalu berikutan kerja-kerja baik pulih mendapan tanah serta sistem kumbahan.

Beliau berpuas hati dengan kemudahan asrama berkenaan yang serba baru.

Kampus sebanyak 44 buah blok itu kini menempatkan seramai 1,032 pelajar.

Ia terbahagi kepada blok lelaki dan perempuan masing-masing sebanyak 22 blok.


Abdul Khalid (tengah) melihat keadaan asrama berkenaan sambil ditemani oleh Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad (kiri)

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online