Prof Dr Azmuddin mendengar penerangan daripada salah seorang pelajar kursus International Journalism berhubung orang Rohingya

 

Para pelajar kursus International Journalism dari Fakulti Komunikasi dan Media Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan pameran The Rohingya and The New Myanmarisme sebagai menghayati penderitaan dialami oleh masyarakat Islam Rohingya di Myanmar.

 

Pameran tersebut merupakan usaha dilaksanakan oleh 30 pelajar kursus tersebut dalam mewujudkan kesedaran di kalangan penuntut serta pensyarah di universiti ini mengenai apa yang dialami oleh orang Rohingya.

 

Dalam pameran yang bermula jam 12 tengah hari sehingga 4 petang pada 9 Julai lalu, mereka mengambil peluang berkongsi sejarah orang Rohingya.

 

Ketua Program, Nursheima Hasnan berkata, mereka yang terdiri daripada tujuh kumpulan tersebut mengambil masa sebulan untuk membuat persiapan dalam mengumpul semua bahan.

 

Menurutnya, pihaknya berpuas hati dengan pameran tersebut kerana dapat berkongsi segala maklumat yang ada bersama rakan-rakan lain.

 

“Kita menceritakan kepada orang yang datang ke pameran ini mengenai sejarah Rohingya, kemasukan mereka sama ada haram atau tak dan juga status pelarian mereka.

 

“Kami sangat berpuas hati kerana dapat menjawab segala pertanyaan daripada mereka yang hadir ke pameran ini terutamanya Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Prof Dr Azmuddin Ibrahim,” katanya.

 

Nursheima berkata, pihaknya berterima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi sokongan dalam menjayakan pameran tersebut.

 

Menurutnya, para pelajar kursus tersebut juga sedang merancang untuk segera mengadakan kutipan derma bagi membantu orang Rohingya.

 

“Kami harap dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaan dialami,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online