Prof. Dr. Mohd Zaidi bin Mohd Hajazi, Pengarah Pusat Pengajian Luar & Antarabangsa (kiri) selepas menandatangani MoU dengan Prof Dr Zainuddin

 

Universitas Riau Kepulauan (UNRIKA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) buat kali kedua bersama Universiti Selangor (UNISEL) dalam usaha menghantar lebih ramai pensyarah ke sini.

 

Kali pertama MoU antara kedua-dua universiti ditandatangani pada 2007 bagi mewujudkan kerjasama melibatkan penghantaran pensyarah untuk melanjutkan pelajaran.

 

Selama ini dua orang pensyarah dari UNRIKA melanjutkan pelajaran di UNISEL di bidang doctor falsafah (PHD).

 

Rektor UNRIKA, Prof Dr Zainuddin St MPD berkata, kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk saling bertukar maklumat antara kedua-dua universiti.

 

Prof Dr Zainuddin berkata, pemilihan UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran dibuat atas faktor reputasi universiti berkenaan.

 

“Kita pilih UNISEL kerana ia mempunyai reputasi baik selaku salah satu pusat pengajian terkemuka di Malaysia.

 

“Ini membolehkan kita menghantar lebih ramai lagi pensyarah untuk membuat PHD,” katanya.

 

Buat masa ini, UNRIKA masih belum memutuskan jumlah pensyarah yang akan dihantar melanjutkan pelajaran di UNISEL.

 

Prof Dr Zainuddin berkata, pihaknya sedang menilai dan mengenal pasti pensyarah yang akan dihantar ke UNISEL.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan sekiranya pensyarah UNISEL mahu melanjutkan pelajaran atau mahu mengajar di UNRIKA>

 

“Kalau ada pensyarah UNISEL berminat untuk melanjutkan PHD di UNRIKA memang saya amat mengalu-alukan.

 

“Pada masa akan datang kita juga mungkin akan menghantar pelajar kita ke UNISEL,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online