Prof Dr Anuar semasa merasmikan I-Zone disaksikan oleh Encik Ahmad Zabry

 

Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad menyeru para pelajar universiti ini untuk mencontohi tabiat penuntut di Jepun dan Thailand yang menggunakan masa lapang sebelum masuk ke kelas untuk mengulangkaji.

 

Prof Dr Anuar berkata, sikap seperti itu wajar dijadikan teladan oleh seluruh pelajar UNISEL kerana ia dapat memberi kesan positif.

 

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya, beliau mendapati pelajar kedua-dua negara itu rajin mentelaah sebelum tunggu waktu kuliah masing-masing.

 

“Pelajar di Jepun dan Thailand sangat rajin menggunakan masa yang ada untuk belajar sementara menanti kelas masing-masing bermula.

 

“Pelajar kita perlu mencontohi sikap positif seperti ini,” katanya semasa berucap di Majlis Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadan 1435H Serta Perasmian I-Zone Kampus Shah Alam 27 Jun lalu.

 

Beliau berkata demikian sebelum melancarkan gazebo yang baru siap di bina di kampus berkenaan.

 

Prof Dr Anuar mengajak pensyarah mahupun pelajar untuk memanfaatkan sepenuhnya gazebo berkenaan untuk tujuan pendidikan.

 

Menurutnya,pelajar boleh berbincang bersama pensyarah selepas atau sebelum waktu kuliah sekiranya ada sebarang perkara yang tidak difahami.

 

“Boleh berbincang tapi jangan buat bising dan tolong jaga gazebo ini dengan baik.

 

“Dengan fasiliti seperti ini ia secara tidak langsung membantu pelajar serta boleh menarik minat orang luar,” katanya.

 

Idea untuk mewujudkan gazebo tersebut diilhamkan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Encik Ahmad Zabry Mohd Yaman

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online