Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia, 12 Okt 2013, Program anjuran Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri telah berlangsung di Dewan Pro-Canselor UNISEL Kampus Shah Alam, seksyen 7 di sini pada 12 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Ucaptama Seminar Oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas juga Ahli Parlimen Marang dengan tajuk "56 Tahun Merdeka : Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia.

YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam pada itu menegaskan “penjelasan mengenai syariah Islam kepada mereka dan mereka (bukan Islam) tidak akan terlibat dengan undang-undang ini. “Namun, kami mahu mereka lihat dahulu bagaimana undang-undang ini dilaksanakan dan syariat Islam ini tidak boleh dibaca begitu sahaja, perlu tahu proses mahkamah, kehakiman dan proses yang lain”.Selain itu, menurut beliau lagi, “Undang-undang ini salah satu rukun dalam negara, jika kurang maka tidak boleh laksana. Mengikut kaedah politik dan undang-undang antarabangsa mesti ada lima syarat iaitu ada pemimpin, negara, rakyat, perlembagaan dan kedaulatan” katanya.

Pembentangan kertas kerja 1, "Hikmah Perlaksanaan Undang2 Jenayah Islam" oleh Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan telah diulas oleh Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Haji Muhammad Buruk serta YB Dr Kahiruddin Aman Razali. Manakala pembentangan kertas kerja 2, "Perlaksanaan Syariat dalam konteks Perlembagaan Negara" oleh Dr Abdul Aziz Bari pula telah diulas oleh Haji Sulaiman Abdullah (peguam), Datuk Wan Mutalib Embong serta YB Hanipa Maidin (peguam).

Seminar ini banyak memberi penekanan perlaksanaan syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang mengelirukan rakyat berhubung syariah Islam. Peserta seminar telah didedahkan kenapa 55 tahun merdeka Syariah lslam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta kegagalan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras jenayah. Seminar itu juga memberi kefahaman mengenai Syariah lslam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta penekanan hikmah perlaksanaan syariah lslam bagi memelihara agama, keturunan, akal maruah dan harta.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online