Anuar bersama dengan Dwia Aries selepas menandatangani MoU bagi kedua-dua universiti.

SHAH ALAM – Universiti Selangor (UNISEL) menghantar seramai 26 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universitas Hasanuddin (Unhas) , Makassar, Indonesia.

Keputusan tersebut dibuat selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada 29 April lalu.

Unhas dipilih berdasarkan reputasi hebatnya selain ia diiktiraf oleh kerajaan.

Malah sebelum ini 400 pelajar Malaysia yang ditaja biasiswa oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam dihantar menyambung pelajaran di universiti berkenaan.

Pengarah Institut Kajian Malaysia Indonesia (UNISEL), Prof Dr Zaidi Hajazi berkata, ia bukan kali pertama kerjasama antara kedua-duanya dijalankan.

Prof Dr Zaidi berkata, kerjasama tersebut sudah dijalin sejak 2007 melibatkan kegiatan akademik, pertukaran pelajar serta pensyarah.

“Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama kita menghantar pelajar untuk mengikuti bidang perubatan.

“Mereka akan memulakan pengajian pada Ogos depan selama lima tahun,” katanya.

MoU tersebut ditandatangani Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad bersama Rektor Unhas, Prof Dr Dwia Aries Tina disaksikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam lawatan dijalankan selama tiga hari bermula 28 April lalu.

Turut menyertai lawatan itu adalah Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Prof Dr Mujaini Tarimin.

Prof Dr Zaidi berkata, pemilihan dibuat berdasarkan kemudahan pengajian yang lengkap di sana kerana Unhas mempunyai sekolah perubatan yang canggih.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online