Klik gambar untuk paparan.

SHAH ALAM – Bagi menyelami budaya serta menambah pengetahuan mengenai industri teknologi serta psikologi, seramai 24 pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Perindustrian, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL) melawat tiga universiti di Indonesia pada 12 Mei lalu.

Dalam lawatan selama lima hari itu, mereka melawat dua pusat pengajian iaitu Institut Teknologi Bandung yang merupakan salah satu terbaik di dunia serta Universitas Islam Bandung (Unisba).
Malah turut berkesempatan berkunjung ke Universitas Pertahanan Indonesia di Jakarta.

Pengarah Institut Kajian Malaysia Indonesia UNISEL, Prof Dr Zaidi Hajazi berkata, pelajar-pelajar dibawa melihat budaya para pelajar di Indonesia serta perpustakaan yang mempunyai koleksi psikologi dan perindustrian.

Prof Dr Zaidi berkata, pihaknya turut mengadakan dialog bersama pensyarah Unisba berkaitan psikologi Islam.

“Kita berdialog mengenai elemen pengajaran, isu-isu semasa serta psikologi di Indonesia.

“Malah dialog antara mahasiswa melibatkan 30 pelajar berkaitan akademik, kokurikulum turut dijalankan,” katanya.

Turut menyertai rombongan tersebut adalah pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Rosli Hassan.

Zaidi berkata, pihaknya turut diberi taklimat mengenai peranan universiti dan budaya di negara jiran itu.

Menurutnya, tujuan lawatan berkenaan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar.
nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online