Pelajar-pelajar sedang menuntu giliran untuk mendaftar di UNISEL.


Kakitangan Unisel (kiri) sedang menguruskan pendaftaran pelajar baru.

SHAH ALAM – Seramai 820 pelajar baru mendaftar di Universiti Selangor (Unisel) bagi pengambilan Mei hari ini di dua kampus iaitu Bestari Jaya dan Shah Alam bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.

335 pelajar mendaftar di Bestari Jaya manakala selebihnya di Shah Alam di dalam pelbagai program ditawarkan di lapan fakulti sedia ada.

Ibu bapa yang menemani anak masing-masing sudah mula hadir ke kedua-dua kampus tersebut sejak awal pagi untuk mendaftarkan mereka di Dewan Pro Canselor serta Dewan Canselor.

Jefri Kasman, 47, berkata, dia memilih untuk menempatkan anak perempuannya di Unisel kerana yakin dengan prestasi cemerlang universiti ini.

Jefri yang berasal dari Johor Bahru, Johor, berkata, dia sering mengikuti perkembangan terkini mengenai Unisel melalui anak lelakinya sedang menuntut di bidang Ijazah Pengurusan Perniagaan.

Menurutnya, dia mendapati banyak perkembangan positif ditunjukkan oleh Unisel terutama pembangunan pelajar.

Katanya, perkara itu sudah pasti membuka peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Anak saya dapat pelbagai tawaran tetapi saya mahu hantar dia ke Unisel kerana rekod baik universiti ini.

“Saya sering mengikut perkembangan terkini Unisel dan saya percaya anak saya boleh menggenggam Diploma Perakaunan,” katanya.

Jefri berkata, kemudahan prasarana serta fasiliti disediakan oleh Unisel juga sangat baik dan menunjukkan peningkatan berbanding semasa dia mendaftarkan anak lelakinya.

M Saraswary, 49, berkata, dia menyifatkan pemilihan untuk membolehkan anak perempuannya menuntut di Unisel adalah atas faktor yuran pengajian yang berpatutan berbanding pusat pengajian tinggi lain.

Bukan itu sahaja, Saraswary yakin Unisel menjadi medan untuk anaknya mencapai keputusan cemerlang sepanjang tiga tahun mengikuti pengajian Diploma Fisioterapi.

“Selain daripada faktor yuran pengajian saya yakin Unisel adalah tempat paling sesuai untuk anak saya menimba ilmu.

“Tenaga pengajar juga adalah berwibawa,” katanya.

Tinjauan dilakukan kepada para pelajar juga mendapat reaksi positif mengenai keputusan melanjutkan pelajaran di Unisel.

Kebanyakkannya menyifatkan kursus ditawarkan memainkan peranan dalam membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Unisel.

Nurul Atiqah Ahmad Ruslan, 18, berkata, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Unisel kerana mendapati imej universiti ini sangat baik.

Nurul Atiqah yang mengikuti jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan, berkata, dia berharap mendapat keputusan yang cemerlang di akhir pengajiannya nanti.

“Saya berazam dapatkan keputusan cemerlang yang boleh membanggakan ibu bapa saya.

“Saya harap semua pihak terutama pensyarah dapat mencurahkan segala ilmu yang ada dalam membantu mencapai cita-cita untuk bergelar sebagai ahli perniagaan pada suatu hari nanti,” katanya.

Fadhlin Hana Musanif, 18, berkata, dia juga tidak menolak faktor reputasi Unisel sebagai pusat pendidikan yang cemerlang selama ini membuatkan dia mahu belajar di sini.

“Saya bercita-cita nak jadi wartawan dan saya yakin Unisel melalui program Diploma Komunikasi Media ditawarkan mampu merealisasikan impian saya ini,” katanya.

Dalam pada itu, proses pengambilan pelajar baru ‘walk in’ masih dibuka seminggu dari hari ini.

 

1) Jefri Kasman 2) Fadhlin Hana Musanif
3) Nurul Atiqah Ahmad Ruslan 4) M Saraswary
nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online